Diploma Teknologi Maklumat(INSTITUT SAINS & TEKNOLOGI DARUL TAKZIM)
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Forum DTM-INSTEDT
Shout Box
PERHATIAN !
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila pm (private message) kepada moderator. Ataupun mesej je kat shoutbox lebih senang :p. Senarai moderator :

super_admin
miss azleen
syazawan zainal

*utk pengetahuan semua, nama2 pihak moderator adalah berwarna biru. Sesiapa yg berhajat nak jadi mod, ada syarat tertentu. Sila hubungi super_admin utk keterangan lanjut. Sekian..

 

 Pelajar cemerlang ilmu IT terima biasiswa Jepun

Go down 
AuthorMessage
wani

wani


Posts : 67
Join date : 13/10/2009
Age : 34
Location : Sandakan, Sabah

Pelajar cemerlang ilmu IT terima biasiswa Jepun Empty
PostSubject: Pelajar cemerlang ilmu IT terima biasiswa Jepun   Pelajar cemerlang ilmu IT terima biasiswa Jepun I_icon_minitimeTue Dec 15, 2009 12:14 am

"KEJAYAAN ini satu penghargaan kepada usaha keras selama ini dan berazam terus cemerlang di peringkat pasca siswazah," kata Aisha Mohamad Takeshi Onizukawaki.

Dia merupakan penerima biasiswa berprestij kerajaan Jepun melalui Skim Program Latihan Khas Lanjutan Bagi Pembangunan Kerjaya Pelajar Asing dari Asia.

Ia disediakan Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi, Jepun khusus untuk pelajar Asia yang cemerlang.

Kecemerlangannya terserlah ketika mengikuti pengajian peringkat diploma di Kolej PTPL.

Dia yang mengikuti Diploma Teknologi Maklumat di Kolej PTPL Shah Alam menerima Anugerah Khas Presiden PTPL pada Majlis Konvokesyen Kumpulan Kolej PTPL pada 2003.

Kejayaannya berterusan selepas menyambung pengajian di MSU sehingga menerima tawaran biasiswa Jepun.

Pelajar kelahiran Osaka, Jepun itu kini mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang media serta teknologi maklumat di Tokyo University of Technology, Hachioji.

Dia menerima elaun sara hidup RM5,500 (170,000 yen) sebulan sepanjang pengajian dan pembiayaan penuh yuran pengajian.

Graduan Ijazah Teknologi Maklumat dan Komunikasi MSU ini mengamalkan disiplin yang tinggi.

"Saya bertuah dilahirkan dalam keluarga berketurunan Jepun yang mementingkan disiplin sehingga memudahkan tugas sebagai pelajar," katanya.

Menyingkap rahsia kecemerlangan akademiknya, Aisha berkata dia sentiasa memberi tumpuan di dewan kuliah dan tidak bertangguh melakukan tugasan.

"Saya juga bersosial seperti orang lain, tetapi bantuan pensyarah tidak pernah dilupakan.

"Terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, pensyarah, dan rakan-rakan yang memberi dorongan terutama Presidennya, Prof Datuk Wira Mohd Shukri Ab Yajid," katanya.

Harian Metro Isnin, 14 Disember 2009
Back to top Go down
 
Pelajar cemerlang ilmu IT terima biasiswa Jepun
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Diploma Teknologi Maklumat(INSTITUT SAINS & TEKNOLOGI DARUL TAKZIM) :: We Love IT! :: It's All about IT-
Jump to: